Friday, March 19, 2010

CARA UNTUK MENDAPATKAN IMAN





Banyak orang menyangka ia orang beriman. Tetapi bila diuji keimanan mereka oleh Allah menerusi solat, ibadat, kesusahan, penyakit dan sebagainya, ternyata mereka sebenarnya tidak beriman yang sebenar. Mereka menyangka mereka beriman kerana mereka beriman secara keturunan. Bapanya Islam, maka dia pun Islam.
Iman perlu diusahakan untuk memperolehinya. Bagaimanakah hendak mendapat Iman?

1.Melalui mujahadatunnaf.
Mujanadatunnaf ialah berjuang melawan hawa nafsu jahat dan melawan bisikan syaitan yang sentiasa mengajak dan mendorong kita ke jalan kejahatan.
Latihan-latihannya adalah melalui 3 peringkat iaitu:
a ) Takhalli : Takhalli ialah berusaha berjuang membuang segala sifat-sifat jahat atau membersihkan jiwa kita daripada sifat jahat atau mazmunah
b) Tahalli : Tahalli ialah mengisi jiwa kita dengan sifat baik (Mahmudah). Setelah kerja pembersihan selesai kita isi pula wadah (jiwa dan hati) dengan perkara baik.
c) Tajalli : Peringkat Tajalli ialah peringkat merasa nikmat meninggal atau membuang sifat jahat dan merasa nikmat mengisi atau melakukan sifat baik serta merasa keagungan dan kehebaan Allah. Orang yang dapat membuang sifat-sifat jahat dan dapat pula menghiasi dirinya dengan sifat baik, Allah akan singkap hatinya dapat merasa nikmatnya beribadah dan nikmat sentiasa mengingat Allah dan sentiasa ingin membuat kebaikan.


2. Cara atau peringkat kedua ialah melalui mengerjakan amalan sunat. Terutama sembahyang sunat khususnya di waktu malam (sembahyang tahajjud). Selain daripada amalan sembahyang sunat ialah puasa sunat, berdoa, baca Al Quran dan sebagainya.

3. Cara dan peringkat ketiga untuk mendapatkan iman ialah melalui tafakur. Tafakur atau berfikir atau merenung ialah salah satu cara mendapatkan iman. Khususnya merenung dan berfikir akan kebesaran Allah dan kehebatan serta hikmah sesuatu yang dijadikan oleh Allah sama ada berbentuk benda (alam, muka bumi, bintang dan lain-lain) dan juga kejadian-kejadian ke atas diri kita seperti nikmat dan ujian. Semuanya mempunyai hikmah yang kalau kita renungkan akan mendapat iman.

Jelaslah bahawa iman perlu diusahakan untuk mendapatkannya. Susah payah pasti akan diharungi. Pengorbanan perlu dilakukan. Siapa yang memperolehi iman secara mudah, contohnya seperti orang Melayu yang memperolehi iman secara keturunan, biasanya amat mudah pula mereka merosakkannya. Siapa yang memperolehi iman secara susah payah,maka dipeliharanya iman mereka.

CARA MEMELIHARA IMAN


Iman perlu dipelihara kerana ia akan dirosakkan oleh nafsu dan syaitan. Dengan itu ada orang beriman yang kemudiannya jadi tidak beriman kerana imannya telah dirosakkan. Cara memelihara iman:

1.Mengawal iman supaya tidak rosak. Iman boleh rosak menerusi Iktiqad seperti meragui hadis Nabi, meragui hukum dan undang-undang Islam dan sebagainya.
Perkataan atau ucapan seperti menghina Rasulullah, tidak yakin hukum Allah dan sebagainya. Perbuatan seperti melakukan perbuatan syirik, memohon pertolongan kepada selain dari Allah.

2.Menjaga Iman
Iman yang telah ada pada kita kena dikawal dengan beberapa sifat diri kita.
Yakin pada agama Allah dan perintahnya Ikhlas dalam melakukan amalan. Contohnya solat hendaklah atas niat taat kepada Allah bukan kerana menunjuk atau kerana malu atau kerana dipaksa. Selalu melakukan amalan sunat Istiqamah dalam ibadat. Ibadat yang kita lakukan hendaklah berkekalan, bukan dikerjakan secara bermusim, atau bila lapang baru buat. Beramal dengan penuh tertib dan khusyuk.

wallahualam...

Tuesday, March 16, 2010

Hukum memberi salam

Hukum memberi salam adalah sunat muakkad bagi perseorangan dan sunat
kifayah bagi perkumpulan sedangkan menjawab salam pula adalah wajib
bagi perseorangan dan fardhu kifayah bagi perkumpulan.

Hikmah memberi salam :
- mendapat keredhaan Allah
- mendapat doa dari para malaikat
- akan mendukacitakan iblis
- dapat membersihkan diri dari sifat-sifat mazmumah (keji)
- dapat mengukuhkan persaudaraan Islam

Dulu kita bangga memberi salam kepada saudara Islam tapi kini kita lebih
selesa dengan hanya menyebut "Hai". Kononnya lebih mudah dan ringkas.
Maklumlah dalam dunia yang serba pantas ini segalanya perlu cepat. Kalau
menyebut "Assalamualaikum", belum habis menyebut salam, orang tersebut
sudah tiada di depan mata. Itulah antara alasan yang sering digunakan
apabila ditanya kenapa dan mengapa mereka lebih suka mengucapkan "hai"
daripada "Assalamualaikum". Tapi sebenarnya ia menunjukkan betapa
rapuhnya ukhuwwah Islamiah kita hari ini.

Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa menyebut "Assalamualaikum" dah tak
serasi dengan zaman, dah tak moden dan tak ikut arus peredaran zaman. Memberi
salam juga seolah-olah hanya budaya pak aji dan mak aji sahaja. Sedangkan
memberi salam adalah dituntut dalam Islam terhadap seluruh umatnya. Seperti
yang dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud,

" Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apakah perkara yang terbaik
di dalam Islam?" Beliau menjawab: "Memberi makanan dan memberi salam kepada
orang yang kau kenal atau tidak kau kenal" (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan di antara hak Muslim adalah mengucapkan salam kepada sesama Muslim.
Sabda Rasulullah SAW:

"Demi Dzat yang diriku dalam genggamanNya, mereka tidak masuk syurga sehingga
mereka beriman, dan mereka tidak beriman sehingga mereka saling menyinta.
Maukah kamu aku tunjukkan sesuatu yang jika kamu mengerjakannya kamu saling
menyinta? Sebarkan salam di kalangan kamu."

"Dari Abu Hurairah Ra, "Rasulullah SAW bersabda, "Yang berkendaraan lebih
dahulu mengucapkan salam kepada yang berjalan kaku; yang berjalan kaki
mengucapkan salam kepada yang duduk, dan rombongan yang sedikit mengucapkan
salam kepada rombongan yang banyak." (HR. Muslim)

akibat suka benda lucah diserbu wanita bogel

Seorang lelaki jemaah haji dari negara ini medakwa dia diserbu oleh
sekumpulan wanita bogel di tepi Kaabah. Pendakwah Ustaz Hj Safuan Fathy
berkata, berikutan itu lelaki tersebut lari tidak tentu arah hingga ramai
yg menyangkanya tidak siuman. "Dia juga menangis teresak-esak seperti budak
kecil ketakutan," kata Ustaz Safuan.

Menurut beliau, peristiwa membabitkan lelaki berusia 40-an itu diceritakan
kepadanya oleh seorang rakanya yg kebetulan menguruskan jemaah haji pada
tahun
itu. Rakan saya bertanya kpd lelaki berkenaan apa yg menyebabkan dia
berkelakuan
begitu secara tiba2.

Pada mulanya lelaki tersebut enggan berterus-terang tetapi setelah didesak,
katanya
dia diserbu dan disekat oleh sekumpulan wanita bogel semasa hendak
memulakan tawaf. Menurut lelaki itu, kesemua wanita tersebut berbogel dan
dia juga tidak nampak lelaki atau wanita yg berpakaian melainkan kumpulan
wanita berbogel itu sahaja.

Katanya, mereka halang dia dari masuk ke kawasan Kaabah. byk kali juga dia
cuba
merempuh tetapi gagal. akhirnya dia rasa tidak bermaya hingga menangis
ketakutan,"
kata ustaz safuan. menyedari mungkin ada dosa berat yg dibawanya, lelaki
itu turut memohon ampun kpd Allah byk2 hingga kelakuanya menarik perhatian
anggota jemaah lain.

Rakan saya yg juga seorang ustaz bertanya kpd lelaki itu, apa yg dia agak
jadi punca. seperti mula lelaki itu agak keberatan. sungguhpun begitu, dia
kemudian mengakui
dirinya adalah pengemar gambar atau video lucah." ustaz safuan seterusnya
berkata, petanda kegilaan lelaki terbabit terhadap bahan2 lucah ialah dia
banyak menyimpan
sama ada gambar, buku, VCD, serta sering melayari laman web bogel utk
memuaskan nafsu.

"Menurut lelaki itu, dia gemar benda2 lucah itu sejak bujang lagi. setelah
berbelas tahun kahwin pun hobi itu masih tidak dapat ditinggalkan. Dia
sudah jadi seperti penagih;" katanya.

Menurut Ustaz safuan, dari pengakuanya, lelaki itu mendakwa isterinya juga
sudah
tidak mampu berbuat apa2 utk mempengaruhi dia tinggalkan tabiat buruk itu.
"Yg peliknya, pada mlm sejurus sebelum dia keluar ke lapangan terbang utk
ke
tanah suci, dia masih lagi sempat tonton video lucah sebelum berlepas.
sebelum itu,
dia menghubungi seorang kawanya yg hendak berangkat ke jepun agar belikan
dia
beberapa majalah lucah utk koleksinya," katanya.

Lelaki itu menceritakan demikian di hadapan rakan Ustaz Safuan sambil
menangis sesal. Sehubungan itu, dia dinasihati agar bertaubat nasuha dan
bertekad tidak akan
mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. "lelaki itu bersetuju. Dihadapan
rakan
saya itu juga, dia menelefon isterinya di tanah air agar minta bakar semua
bahan
lucah yg ada dlm simpanannya.

Dia kemudian menghubungi rakanya di jepun minta jgn beli majalah porno yg
dia pesan sebelum itu. Atas kehendak Allah, Ustaz Safuan, lelaki berkenaan
akhirnya kembali bersemangat dan berjaya menyempurnakan ibadah hajinya
hingga selesai tanpa sebarang gangguan. Kumpulan wanita bogel itu juga
tidak muncul2 lagi selepas itu"

"He encompasses all things in knowledge."

(At-Talaq: 12)

PERKARA MEMBATALKAN ISLAM

Jabatan Hal Ehwal Kajian, petua, dakwah dan bimbingan agama yang
diketuai oleh Sheikhna wa Ustadzna al Syeikh ABDUL AZIZ BIN BAZ dalam
risalahnya kepada jemaah haji telah memberi amaran tentang
perkara-perkara yang membatalkan Islam dengan katanya:

Ketahuilah wahai saudara se Islam, bahawa ada beberapa perkara yang
membatalkan Islam dan yang paling banyak berlaku ialah sepuluh
perkara,
maka jauhilah daripadanya. Perkara-perkara tersebut ialah:

1. Syirik (mempersekutukan) Allah s.w.t. dalam beribadat.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang syirik (mempersekutukan) Allah nescaya
Allah akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya kelak
adalah neraka, dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang yang
zalim." (Surah Al Maidah: Ayat 72)

Dan di antara perbuatan syirik itu ialah berdoa dan meminta
pertolongan
kepada orang-orang yang telah mati, begitu juga bernazar dan
menyembelih
qurban kerana mereka.

2. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan di antara dirinya dengan
Allah
s.w.t. dengan berdoa dan meminta syafa'at serta bertawakkal kepada
perantaraan itu. Yang melakukan hal tersebut menurut Ijma' (sepakat)
Ulama' adalah kafir.

3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrikin atau ragu akan kekafiran
mereka, atau membenarkan faham (ideologi) mereka, dengan demikian dia
telah kafir.

4. Barangsiapa yang beri'tiqad bahawa petunjuk yang lain daripada
Nabi
s.a.w. itu lebih sempurna atau hukum ciptaan orang lain daripada Nabi
s.a.w. lebih baik seperti mereka mengutamakan hukum thoghut (orang
yang
melampaui batas Allah s.w.t.) lebih daripada hukum Rasulullah s.a.w.
maka dia menjadi kafir, contohnya ialah:

i. Beri'tiqad bahawa peraturan-peraturan dan undang-undang yang
dicipta
oleh manusia lebih afdhal daripada syari'at Islam, atau nidzam Islam
itu
tidak sesuai dipraktikkan di abad ke 20 ini. Atau menganggap Islam
menjadi sebab kemunduran kaum muslimin. Atau mengongkong Islam di
sekitar hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja tanpa dimasukkan
dalam
urusan kehidupan yang lain.

ii. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah s.w.t. dalam memotong
tangan pencuri ataupun merejam orang yang berzina (yang telah kahwin)
tidak sesuai lagi di zaman kini.

iii. Beri'tiqad dengan dibolehkan beramal dengan hukum-hukum yang
lain
daripada hukum Allah s.w.t. didalam mu'amalah syaritat, atau hukum
hudud
atau lainnya sekalipun tidak beri'tiqad bahawa hukum-hukum tersebut
lebih baik daripada syari'at Islam. Kerana dengan demikiah dia telah
menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. menurut
Ijma'
(sepakat) sedangkan sesiapa yang menghalalkan apa yang diketahui umum
akan haramnya seperti zina, arak, riba' dan berhukum dengan yang lain
daripada syari'at Allah s.w.t. maka dia menjadi kafir dengan Ijma'
Muslimin.

5. Sesiapa yang benci akan sesuatu yang telah dibawa oleh Rasulullah
s.a.w. walaupun orang itu beramal dengannya maka dia telah menjadi
kafir, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Demikian itu adalah kerana mereka itu benci terhadap apa yang
diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal
mereka." (Surah Muhammad: Ayat 9)

6. Sesiapa yang mempersenda-sendakan terhadap sesuatu daripada ajaran
Rasulullah s.a.w. atau terhadap pahala atau balasan siksaNya maka dia
menjadi kafir, kerana Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad) adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya
dan
Rasul-Nya kamu mempersenda-sendakan? Tiada makna kamu meminta uzur
(maaf) kerana kamu telah menjadi kafir setelah beriman." (Surah At
Taubah: Ayat 65-66)

7. Sihir, di antaranya ilmu guna-guna yakni mengubah kecintaan
seseorang
suami terhadap isterinya sehingga menjadi benci. Begitu juga ilmu
pengasih yakni menjadikan seseorang itu mencintai sesuatu yang tidak
disenanginya dengan cara syaitan, maka sesiapa yang melakukannya atau
redha dengannya maka dia menjadi kafir, kerana firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Sedangkan kedua-dua Malaikat itu tidak mengajarkan sihir kepada
seseorang pun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan
bagimu", sebab itu maka janganlah kamu kafir." (Surah Al Bagarah:
Ayat
102)

8. Membantu dan menolong orang-orang musyrikin untuk menentang
orang-orang Islam, kerana Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa di antara kamu mengambil
mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin maka dia termasuk dalam
golongan mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang zalim." (Surah Al-Maidah: Ayat 51)

9. Sesiapa yang beri'tiqad sebahagian manusia dibolehkan tidak
mengikut
akan syariat Nabi Muhammad s.a.w. maka menjadi kafir, kerana firman
Allah s.w.t.:

Maksudnya:

"Barangsiapa menghendaki selain Islam sebagai agama (ad deen) maka
tidak
akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti dia termasuk di
kalangan
orang-orang yang rugi." (Surah Ali Imran: Ayat 85)

10. Berpaling secara keseluruhan dari agama Allah s.w.t. atau
daripada
perkara-perkara yang menjadi syarat mutlak kepada sahnya Islam tanpa
mempelajarinya atau tanpa beramal dengannya, kerana firman Allah
s.w.t.:

Maksudnya:

"Tiadakah yang lebih zalim daripada orang yang telah mendapatkan
peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling
daripadanya, sesungguhnya Kami akan menimpakan pembalasan kepada
orang-orang yang berdosa." (Surah As Sajdah: Ayat 22)

"Dan orang-orang yang kafir berpaling dari apa yang diperingatkan
kepada
mereka." (Surah Al Mukminun: Ayat 71)

Tidak ada beza dalam perkara yang membatalkan Islam ini dari segi
hukumnya di antara bermain-main dan bersungguh-sungguh, sengaja
melanggar atau kerana takut kecuali kerana dipaksa:

Kami memohon perlindungan dari Allah dari perkara-perkara mewajibkan
kemurkaanNya dan kepedihan azabNya.